Saturday, January 28, 2012

Bermula lagi

Emm.. cuti tahun baru cina sudah berakhir.. isnin nanti, aku kembali ke sekolah untuk memulakan praktikum terakhir. Entah sempat ke tidak untuk update blog ni ya. Insya Allah, aku akan cuba. Doakan semoga aku berjaya! Kalau korang ada bahan nak share untuk aku post-kan di blog ni, silakan, amatlah dialu-alukan..

Thursday, January 26, 2012

Dari Jendela Kamar

Lokasi: Bilik Sewa Aku.. Tuaran.

Tingkapnya luas sangat, setiap masa bilik ni nyaman berangin, dan menjadikan waktu malam sangat dingin. Alhamdulillah. Tak mewah, tapi cukup selesa ^_^


Okay, kantoi tengah buka facebook. Heheh.



Kelihatan nun jauh di sana, Surau Nurul Yaqin IPG Kampus Kent. Aku ada sniping scope, boleh usha siapa-siapa yang ke surau or ke pekan :D *Me Gusta*

Wednesday, January 25, 2012

FAHAMI PUNCA PERBEZAAN MAZHAB SECARA MUDAH!

Suatu masa dahulu ~



Amin : "Abang Zharif, mau tanya sikit ni. Kenapa Islam ada banyak mazhab? Macam mana mau tahu yang mana betul?"

Aku : "Oh... *berfikir selama lima saat, dan menulis sesuatu* okay, korang semua berbaris!"

- dengan muka pelik, semua adik-adik berbaris - dalam 30+ orang semuanya.

Aku : "Abang bagitau Amin 1 ayat. (Amin yang paling depan). Kemudian Amin bisik kepada kawan di belakang Amin, dan kawan itu pula bisikkan kepada kawan di belakang, sampailah kepada kawan yang terakhir di belakang sana, Hasif."

- aku bisik ayat ke telinga Amin : "Ada cicak mati bawah kerusi Pakcik Cacho' yang tengah tercekik coklat Chit Chat dari kedai Chacha".
 
Dengan bersungguh-sungguh Amin menghafal ayat itu. Dan dibisik-bisikkan hingga ke adik terakhir.

Aku : "Sudah siap kan? Abang nak Farid (yang berada di tengah) dan Hazwan (yang terakhir) ke hadapan, bagitau semua apa ayat yang kamu terima."

Farid : "Alah! Tidak berapa ingatlah, bang..."

Aku : "Tidak apa.. Cuba saja, sekadar yang teringat."

Farid : Emm, "ada cicak mati bawah kerusi Pakcik Cacuk yang tercekik coklat Kit Kat dari kedai si Acai".

Aku : "Orait, nice try, Hazwan pula?"

Hazwan : "ada cicak mati bawah bangku Cik Cacu yang terbelit cuklet dari kedai Acai".

Aku : "Ngehehe.. Tengok ayat yang asal, ada abang tulis ni..."

- maka beredarlah kertas itu dengan rawak, semua ketawa sebab banyak salah.

Salah ejaan, salah perkataan, salah orang!

Aku : "Dah, cukup. Semua kumpul depan abang. Ya, macam tu la perumpamaannya kejadian mazhab-mazhab dalam Islam. Para ulama' kita belajar ilmu dari ulama' terdahulu, para ulama' terdahulu pula belajar agama dari para sahabat Rasulullah, para sahabat pula belajar secara terus dari Nabi Muhammad S.A.W."
"Cuba korang kira, berapa lama jarak masa Nabi dan kita?" - "1400 tahun lebih, bang!"

"Dalam 1400 tahun tu berapa generasi manusia?" - "uih, ramai, malas kami mau kira."

"Ahaa (^_^) .. kamu andaikan Amin sebagai sahabat Rasulullah yang belajar dari Nabi. Sudah tentu ayatnya sempurna, dia masih hafaz ayat yang asal. Begitulah kehidupan para sahabat, amalan mereka semua seragam, tiada mazhab-mazhab kerana ada Rasulullah sebagai rujukan".

"Selepas Rasulullah wafat, para sahabat ramai berpindah ke luar dari Makkah dan Madinah. Maka mereka menurunkan ilmu kepada masyarakat sekitar mereka. Sehingga muncul para Imam-Imam Mazhab, hasil didikan mereka. Kenapa jadi lain-lain mazhab? Sebab, lain sahabat, lain bilangan hadis yang mereka tahu. Ada yang tahu lebih, ada yang tahu sedikit. Jadi, kefahaman agama pun berbeza, tapi semua ilmu para sahabat Nabi itu benar dan diterima. Lebih-lebih lagi, amalan agama disesuaikan dengan tempat-tempat yang berbeza. Ingat peribahasa yang berkaitan?" - "Saya tau! Lain padang, lain belalang, bang!" jawab Nor, dengan penuh semangat.

"Bagus, betul tu. Macam yang korang buat tadi. Dari Amin sampai kepada seorang kawan yang bangsanya lain, dia tidak sengaja tertukar perkataan "kerusi" tu jadi "bangku". Ilmu fiqh pun begitulah, lain daerah, lain pelaksanaannya. Untuk kemudahan umat Islam juga sebab lain masyarakat, lain kebiasaannya. Dan agama sekarang ini banyak dipengaruhi adat masyarakat".

"Jadi, untuk tahu pendapat atau fatwa mana yang lebih benar atau sahih, macam mana?", soalku buat mereka terfikir seketika.
"Oh, semua senyap ni. Tak tahu?" - "Ya, tidak tahu".

"Seperti dalam aktiviti tadi, siapa yang paling sama ayatnya dengan ayat abang, dialah yang benar. Begitulah juga dengan agama. Siapa yang amalannya lebih serupa dengan amalan Nabi, dialah benar. Siapa hadisnya lebih sahih, dialah yang lebih benar. Tapi, ada masanya kita kena ikut situasi semasa, itu kita bincang lain kali. Faham sudeyh?" - "Fahaaammm".. entah betul-betul faham entah tidak kan :-)

"Bang, sebab tu la ada para sahabat yang tulis Al-Quran dan ulama' tulis hadis kan? Supaya tidak berubah-ubah. Betul ka bang?", Farid memberikan ideanya.

"Alhamdulillah! Bijak. Begitulah hakikatnya. Sebab itu ada hadis yang kita katakan hadis palsu sebab ayatnya dibuat-buat, bukan dari Nabi. Dan ada "hadis lemah" atau Hadis Dha'if, kerana ada antara penyampai hadis itu tidak kuat ingatan. Nah, macam kamu tadilah, abang kata Kedai Chacha, kamu kata Kedai Acai!"

Dan para remaja muda itu pun tertawa besar di surau yang hening.

RARE VIEW

Mungkin pemandangan dari sudut pandang begini belum pernah dinikmati oleh warga asrama IPG Kampus Kent. Aku merakamkannya untuk kalian :)

Details :

Date taken  : 9 Januari 2012, 09:47 PM
Camera      : HTC Incredible S (ISO-1224)
Location     : Latitude 6; 10; 44.09 / Longitude 116; 13; 51.52

THIS IS MOUNT KINABALU.


Date Taken : 24 Februari 2009, 06:10 AM

Device : Nokia N8 (exposure time 1/26 sec, F-stop f/2.8, ISO-500) 

Dari tangga aras tiga asrama lelaki IPG Kampus Kent

So nice, isn't it? (^_____^)

Monday, January 23, 2012

Peta Untuk Warga Akhir Zaman


1. Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, 

“…Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api…” 

(HR Tirmizi)
* * * * *


2. Hadis Rasulullah SAW, Hudhayfah ibn al-Yaman:

“…Orang biasa bertanya kepada Nabi tentang kebaikan, sedangkan saya bertanya tentang kejahatan, kerana saya bimbang kejahatan itu akan menimpa saya. Lalu saya berkata, ‘Wahai Rasul Allah! Kami sebelum ini dalam keadaan kejahilan dan kejahatan, lalu Tuhan mendatangkan kebaikan kepada kami. Akan berlakukah kejahatan lagi selepas kebaikan ini?’ ‘Ya,’ jawab Nabi. 
‘Dan adakah kebaikan akan kembali lagi selepas kejahatan ini?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Ya, tetapi ia bercampur-baur dengan kejahatan.’  
‘Apakah kejahatan itu?’ saya bertanya. Nabi menjawab, ‘Setengah orang akan mengikut selain daripada sunnahku dan akan memimpin mereka ke jalan lain daripada jalanku. Setengah perbuatan mereka baik, setengah jahat.’ 
Saya bertanya, ‘Adakah akan wujud kejahatan lagi setelah kebaikan (campuran) ini? Beliau menjawab, ‘Ya, pendakyah-pendakyah yang berdiri di pintu neraka; barangsiapa mendengar mereka akan mereka campakkan ke dalamnya.’ ‘Terangkanlah kepada kami sifat-sifat mereka, wahai rasul Allah!’ saya meminta. Nabi berkata, ‘Mereka dari bangsa kita dan bercakap bahasa kita.’
'Apakah perintahmu kepadaku jika aku berada di dalam keadaan itu?’ saya bertanya. Nabi berkata, ‘Ikutlah puak majoriti orang-orang Islam (ummah) dan pemimpin mereka (khalifah) . 
 

‘Tetapi jika mereka tidak ada puak majoriti atau seorang pemimpin?’ saya bertanya.Nabi menjawab, 
‘Jika demikian, tinggalkanlah semua puak walau kamu terpaksa berpaut kepada akar pokok hingga kamu mati…’ 
 (HR Bukhari dan Muslim).
* * * * *

3. Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, 
“…akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt [judi, curi, rompak, samun, rasuah, pelacuran, ragut, dan sebagainya!]. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya”.
 
Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya…”. 
 (HR al-Baihaqi)
* * * * *


4. Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: telah bersabda Rasulullah saw.; 
“…Sudah hampir sampai suatu masa di mana 
tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, 
dan 
tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.  
Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. 
Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali…”. 

(HR al-Baihaqi)

* * * * *


5. Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata: 
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 
“…Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama (ulama sejati).  
Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. 
Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain…”

(HR Muslim)


Sunday, January 22, 2012

REFORMASI Kefahaman Terhadap Sunnah

Segala perlakuan dan kata-kata yang diwariskan oleh Rasulullah yang boleh mendekatkan seseorang hamba dengan Tuhan dipanggil "sunnah", atau contoh ikutan yang mendapat pahala seperti akhlak nabi, cara nabi bermu'amalat (berinteraksi sesama manusia), atau cara nabi beribadat. Sunnah yang juga disebut sebagai 'uswatun hasanah' atau contoh ikutan terbaik.

Ada pun perkara-perkara kebiasaan pada Nabi seperti menaiki unta; sunnah yang berkait dengan zaman, atau memakai jubah; sunah yang berkait dengan kaum, perkara-perkara yang Nabi lakukan berkaitan dengan ke'Arab'an baginda dan keinsanan baginda; contohnya hadith daripada A'isyah yang mengatakan Rasulullah tidur dan Aisyah mendengar dengkuran Nabi, atau hadith tentang Rasulullah tidur, Rasulullah itu makan.. kesemua sunnah ini kita panggil sebagai sunnah Jibiliyyah (sunnah adat).. * rujukan : (KLIK SINI)

Hukum sunnah jibiliyyah adalah harus. Walaupun kita tahu memakai jubah atau serban itu sunnah jibiliyyah sahaja, atas dasar kita nak rasa 'feel' para sahabat atau bentuk pakaian Nabi, ini juga diharuskan dan mudah-mudahan mendapt pahala. Bergantung kepada niat, iaitu ingin dekat dan sayangkan Nabi.  

*Jika niat memakainya adalah untuk dilihat wara', 'alim dan zuhud, ia akan menjadi " riya' " - beramal baik demi sanjungan manusia. Semoga kita terhindar darinya.

Kita perlu tahu mengenal pasti antara sunnah adat seharian dan sunnah yang utama (akhlak Rasulullah, kaedah-kaedah Rasulullah melakukan sesuatu ibadah dan pengurusan kehidupan) kerana lazimnya kita kadang-kadang lebih mengutamakan perkara-perkara kecil dalam sunnah (nabi itu memakai jubah, nabi naik unta, nabi makan roti) dan meminggirkan perkara-perkara utama. 

*Namun, sebagai seorang yang beriman atau mahu beriman, perkara-perkara kecil juga perlulah dijaga. Misalnya, sunnah menggosok gigi (walaupun tidak menggunakan kayu sugi), sunnah senyum dalam komunikasi, sunnah membasuh pakaian sendiri dan lain-lain). Perkara-perkara kecil turut membantu ke arah kejayaan hidup.

Cara ibadat, cara perkahwinan, pelaksanaan hukum-hakam syarak, pemerintahan, pentadbiran.. kesemua perkara pengurusan kehidupan manusia inilah yang perlu serasi dengan cara Rasulullah. 

Inilah 'legacy' atau sunnah yang mesti diUTAMAkan.

Diolah dari pendapat Saudara Janissari.